Tuesday, 15 August 2017

karies gigi peringkat awal kanak- kanak

Dipetik dr fb Sharipah Eyie :

Ini adalah karies awal kanak- kanak. Dalam tempoh ini, untuk melatih anak memberus gigi, tidak perlu ubat gigi pada awalnya. Apabila mereka telah terbiasa, boleh mula letak kan ubat gigi berfluorida. 
Baca di tiub ubat gigi. Ada juga yang tiada fluorida. Boleh google function fluoride di dalam ubat gigi. Maaf saya katakan, ini bukan lah normal, sebalik nya adalah kesan daripada kurang penjagaan dari ibu bapa.
Seawal bayi tiada gigi lagi, ibu bapa disaran mengelap gusi dengan tuala basah & arahan sama juga bila kudup gigi susu mula kelihatan. Jaga lah gigi anak anda, tidak kira gigi susu atau kekal kerana pada suatu peringkat, gigi susu akan bercampur dengan gigi kekal. 
Kerosakan pada gigi susu akan merebak ke gigi kekal dengan senang nya, berbeza jika gigi susu dijaga dengan rapi. Hentikan alasan, mulakan tindakan. Pm saya untuk sebarang soalan pergigian. Saya tahu, saya bantu😊
Update 14.8.2017: saya ada post tips penjagaan gigi untuk toddler (juga saya public kan), jangan lupa baca. Simple but nice😉 semoga bermanfaat.

Friday, 11 August 2017

10 Fakta Kenapa Babi Haram Menurut Islam. Yang No 7 Tu Memang Tepat

Al Quran dengan tegas menyatakan daging babi haram. Bahkan, pengharaman babi disebutkan empat kali. Yakni di Surat Al Baqarah ayat 173, Surat Al Maidah ayat 3, surat Al An’am ayat 145 dan surat An Nahl ayat 115.
Mengapa babi diharamkan? Tentu kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengharamkannya. Rahsianya, hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tahu.
Namun, ada 10 fakta yang membuat kita mengambil hikmah tentang haramnya babi. 10 fakta kenapa babi haram dalam Islam.
1. Dalam daging babi terdapat cacing pita
Memakan daging babi memiliki risiko terkena jangkitan cacing pita (sistiserkosis). Kerana daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia yang boleh berpindah ke tubuh manusia yang memakannya.
2. Kantung urine babi sering bocor
Prof. A.V. Nalbandov menyebutkan bahawa kantung urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urinenya meresap ke dalam daging.
3. Babi tidak memiliki leher
Secara fisiologis, babi tidak boleh disembelih. Sebabnya, babi tidak memiliki leher. Sedangkan Islam mensyariatkan penyembelihan binatang pada lehernya.
4. Babi haiwan yang paling rakus
Babi melahap makanan apa pun yang ada di depannya. Ia merupakan haiwan paling rakus di dunia. Bahkan jika makanannya telah habis, ia memuntahkan makanan dalam perutnya dan memakannya kembali demi memuaskan kerakusannya.
5. Babi haiwan paling pengotor
Jika di depan babi ada sampah, ia akan makan sampah tersebut. Bahkan babi juga melahap kotoran. Hingga kotorannya sendiri pun dilahapnya.
6. Babi menampung banyak penyakit berjangkit
Selain mengandungi cacing pita (Taenia solium), babi juga mengandungi cacing spiral (Trichinella spiralis), cacing tambang (Ancylostoma duodenale), cacing paru (Paragonimus pulmonaris), hingga bakteri kolera (Salmonella choleraesuis) dan virus kudis (Scabies).
7. DNA babi mirip manusia
Ditemukannya fakta DNA babi paling mirip dengan manusia, memakan babi dapat dengan mudah menularkan perilaku buruk babi kepada manusia. Selain rakus, perilaku babi yang pernah diobservasi oleh Muhammad Abduh adalah tidak memiliki cemburu. Ketika dua ekor babi jantan dan seekor babi betina dimasukkan kandang, dua babi jantan itu tidak saling berebut tetapi justeru saling membantu untuk berasmara dengan babi betina.
8. Daging babi payahdicerna manusia
Meskipun empuk, ternyata daging babi payah dicerna oleh pencernaan manusia. Ini kerana daging babi mengandung lemak berbahaya.
9. Babi merupakan carrier virus Flu Babi
Di dalam tubuh babi, virus AI yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas dan menular kepada manusia.
10. Daging babi penyebab utama kanser anus dan kolon
Potensi penderita kanser anus dan kolon meningkat drastis di negara-negara yang penduduknya memakan babi, terutama di negara-negara Eropa, Amerika, Cina dan India. Sedangkan di negara-negara Muslim, pontensinya sangat rendah.
Demikian 10 Fakta Ilmiah Kenapa Babi Haram dalam Islam. Semoga semakin menguatkan keislaman kita dan senantiasa berusaha mentaati aturan-Nya.

SIREH PETUA (CANTIK & KURUS)

PETUA (CANTIK & KURUS)
TIDAK PERLU BUANG DUIT BANYAK, DIJAMIN SELAMAT & BERKESAN

Ambil  3helai daun sirih, lepastu rebus dgn ukuran air 2 gelas. Rebus sampai air tinggal jadi 1 gelas saja. Sudah siap, biarkan sejuk sampai dia jadi suam2, Minum sebelum tidur.


*Psssstt
nota: Pastikan nak buat masa hari cuti tau..sebab dia akan menyebabkan buang air besar ( bukan cirit birit) bagi buang lemak yg berlebihan & toksin dalaman serta mengetatkan rahim

Amalkan seminggu sekali ->> hasilnya tiada lagi perut buncit(boroi)

DAUN DUKUNG ANAK : bagus untuk orang perempuan yang tengah IKHTIAR HAMIL.

DAUN DUKUNG ANAK 

Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum, bagus untuk orang perempuan yang tengah IKHTIAR HAMIL. Ini pun cik neesa baru tahu sebab ada kawan tag tentang manfaat pokok neh.

Then kalau korang google, banyak lagi khasiat-khasiat lain antaranya bagus untuk merawat jaundis ( penyakit kuning ) bagi baby yang baru lahir.

Untuk kaum lelaki pulak, orang kata daun dukung anak ni boleh menyembuhkan masalah mati pucuk. Dan ada jugak yang amalkan minum air daun dukung anak neh sebagai booster kepada masalah keletihan ( pengganti ketum ! Haha ) . Kalau tak cukup tidur, cukuplah dengan segelas air dukung anak, dalam beberapa minit keletihan tu akan berkurangan dan sejam selepas tu terus hilang letih. Sangat sesuai kalau demam urat.

Bagi suami yang mahu booster, minum segelas pati air rebusan ( tanpa campur air kosong) sejam sebelum "aktiviti" anda. Selamat mencuba !

Daun Dukung Anak

Tips nk rebus untuk ikhtiar hamil :
Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air. Rebus smpai la airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air. Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

Wednesday, 9 August 2017

Limau Nipis Dan Garam Sembuhkan Penyakit Kencing Manis

Hanya Dengan Limau Nipis Dan Garam Mampu Sembuhkan Penyakit Kencing Manis, Betul Ke Ni?
.
Ya, resipi ini berdasarkan daripada pengalaman yang dikongsi oleh seseorang dimana dia sembuh sepenuhnya dan terselamat dari kakinya dipotong. Apa yang dilakukan adalah :
.

Limau nipis & garam

Bahan-bahan:
.
-Satu biji limau nipis
.
-Seketul garam kasar (sediakan satu ketul sahaja)
.
-Sediakan 3 gelas air
.
Cara penyediaan:
.
1)Belah sedikit limau
.
2)Korang ambik satu ketul garam kasar dan sumbat ke dalam belahan limau
.
3)kemudian, korang kena rebus dengann 3 gelas air
.
4)Pastikan korang rebus air tersebut hingga jadi 1 gelas air sahaja.
.
5)kemudian, korang lenyekkan limau dan hancurkan biji (wajib) dalam air rebusan. Guna sahaja senduk okay
.
6)tapis air rebusan dan biar ia jadi sejuk.
.
7)Bila dah sejuk, minum okay!
.
Untuk pengetahuan korang, pastikan korang minum 3 kali dalam masa 6 hari dan pastikan diminum berselang hari. Kurangkan gula setiap kali amalkan petua ini, Disebabkan itu, sediakan air manisan untuk memastikan kadar gula dalam badan seimbang.

Rahsia Disebalik Peria Katak

Rahsia Disebalik Peria Katak, Berkesan Untuk Kencing Manis
.
Abang percaya kita yang generasi muda ni rata rata tak kenal sayuran seperti gambar diatas tu kan? Orang zaman dahulu selalu mengamalkan makanan berasaskan ulaman dan sayuran untuk mengekalkan kesihatan. Antaranya ialah peria katak ini mempunyai khasiat untuk kesihatan. 
.
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
.



Peria Katak

* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
.
* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
.

* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.