Tuesday, 15 August 2017

karies gigi peringkat awal kanak- kanak

Dipetik dr fb Sharipah Eyie :

Ini adalah karies awal kanak- kanak. Dalam tempoh ini, untuk melatih anak memberus gigi, tidak perlu ubat gigi pada awalnya. Apabila mereka telah terbiasa, boleh mula letak kan ubat gigi berfluorida. 
Baca di tiub ubat gigi. Ada juga yang tiada fluorida. Boleh google function fluoride di dalam ubat gigi. Maaf saya katakan, ini bukan lah normal, sebalik nya adalah kesan daripada kurang penjagaan dari ibu bapa.
Seawal bayi tiada gigi lagi, ibu bapa disaran mengelap gusi dengan tuala basah & arahan sama juga bila kudup gigi susu mula kelihatan. Jaga lah gigi anak anda, tidak kira gigi susu atau kekal kerana pada suatu peringkat, gigi susu akan bercampur dengan gigi kekal. 
Kerosakan pada gigi susu akan merebak ke gigi kekal dengan senang nya, berbeza jika gigi susu dijaga dengan rapi. Hentikan alasan, mulakan tindakan. Pm saya untuk sebarang soalan pergigian. Saya tahu, saya bantu😊
Update 14.8.2017: saya ada post tips penjagaan gigi untuk toddler (juga saya public kan), jangan lupa baca. Simple but nice😉 semoga bermanfaat.